Pages

Mar 13, 2011

Putty... Paste atau Epoxy ?.

Putty... Yang Paste ke atau Epoxy ?... Untuk para modeller, putty adalah salah satu bahan untuk menjadikan model yang dibina nampak lebih menarik ataupun tidak... ada dua jenis putty yang selalu digunakan.

Paste Putty
Walaupun nampak macam mudah digunakan, sebenarnya ianya tidak digalakkan diguna sebagai body filler atau untuk tujuan fabricate. Tujuan putty ini adalah untuk menutup bahagian sambungan serta garisan moulding. Tamiya ada pilihan sama ada Tamiya putty Basic untuk model kit putih atau Tamiya putty White untuk model kit berwarna. Penggunaanya agak terbatas kepada menutup lubang serta penanda paras wetsand sama ada permukaan itu rata ataupun tidak.

Mar 2, 2011

Sanding Stick... Camna nak buat tu ?...

Needle file (kikir kecik)
Aku tau kengkadang mesti ada masalah nak empelas permukaan rata atau beberapa bahagian tak samarata model kit. Tambah pulak kalau tak ada kikir kecik... Fuhh... masalah gak tu... Tapi takper... Ada penyelesaian mudah serta murah dengan menggunakan beberapa baranngan yang korang dah ada dalam toolbox tu untuk membuat "SANDING STICK" sendiri....



Persediaan Sebelum Mengecat Model Kit.

Okehhh... kali ni kita cerita pulak macam mana nak buat persediaan sebelum mengecat badan model kit.


Perkara pertama yang perlu dilakukan bila  keluarkan kit dari kotak adalah periksa semua bahagian mesti cukup mengikut panduan yang diberikan, selepas itu lihat pula pada badan model kit untuk melihat apa sahaja kecacatan seperti molding line, tanda tenggelam, meleding, flash, gelembung serta lain-lain. Jadi belu nak mengecat badan kit tersebut, kena la dulu repair sikit. Paling penting molding line serta kesan lain tu...

Molding line camna tu ?... Molding line adalah tanda garisan yang menonjol keluar hasil dari casting yang tak berapa sempurna. Selalunya Fujimi, Aoshima kit serta beberapa kit kurang kualiti atau keluaran lama ada tanda ni. Jangan risau, tanda ini boleh dihilangkan dengan kertas pasir. Benda ini sudah berkurangan untuk model kit yang terbaru dalam pasaran dan susah untuk melihatnya sekarang ("not visable" kata omputih). Kertas pasir yang disarankan adalah 400, 800 serta 1000 grit jenis wet & dry punya boleh terus guna untuk wetsand. Kalau agak tebal sangat line tu, guna 400 kemudian guna 800 & 1000 untuk empelas serta melicinkan permukaan badan model kit.

Mould Line