Pages

Oct 22, 2011

Lowed, Hellaflush & Slam down....

Level       : Intermediate
Duration : Kurang dari 2 jam (Kalau fokus)

Ramai bertanya macam mana nak kasi lowed model kit, kasi kengkang dan sebagainya ?... Persoalan timbul adalah macam mana nak buat ?. So tutorial kali ini mempertengahkan cara nak lowed model kit korang.

Cara pertama adalah, koarang dry fit dulu keta korang. Body pasang kat chasis. tayar & suspensi pasang gak (korang fikir ler sendiri bahagian ni. janji jangan terus gam).
 
Tengok contoh Dry fit yg aku buat ni... ni kira contoh dia.

Seterusnya nak tau pulak banyak mana korang nak kasi lowed kit korang. Time ni korang dah boleh rancang sama ada nak buat style hellaflush ker, kengkang ker atau rim terjulur keluar ke... ikut selera korang... Kit korang... Hahahaha..
Macam yang aku buat ni, aku nak rim tu agak-agak ngam jer ngan arch wheel tu so aku ukur anggaran dalam 3mm... Ehh... perlu ker ukur ?... Perlu la... karang suspension nak potong takkan korang nak potong pakai redah jer...

Ok... yg pertama sekali nak kena potong, suspensi dia. Memula korang tanda dulu kat suspensi tu ikut ukuran yang korang nak kasi lowed seperti gambarajah (Garisan Merah). Seterusnya, potong suspensi tu guna pisau, potong tu garisan bawah tu potong atas skit dari garisan, yang atas plak bawah skit dari garisan tu. Adalah lebih baik kalau ada gergaji mata halus. lagi senang nak potong. Dah tu, sambung antara duanya (Garisan Hijau). Pastikan ianya selari & tak bengkok.

Tapi kalau nak buat kasi kengkang tu boleh potong slanting skit so dia akan kengkang skit & bahagian bawah tu pun kena adjus skit kasi selari...

Selain itu, kalau korang tak nak potong suspensi dia pun boleh gak. Sesetengak kit kat bawah inner wheel arch dia ada macam tube penetap ketinggian. So boleh gak la potong bahagian ni tapi gak renyah sikit kerja dia

Macam tadi gak,tandakan berapa rendah korang nak kasi lowed. Potong guna pisau slow-slow & ratakan permukaannya. Ok... Dah siap...

Lower arm pun nak kena adjust gak... kat sini jer korang boleh adjust sama ada nak kasi kengkang (-) ker atau tak. Bahagian ni tak susah, cuma perlukan plaplate & drill jer (Drill tu ikut saiz conet hujung penyambung suspensi tu).

Camna nak buat ?... Memula carik jer plaplate yang agak tebal. Stack ikut tinggi ukuran tadi. Tebuk lubang sama ngan yang asal.. Kalau korang kasi kengkang, buat ikut gambarajah ada kaler hijau tu. Lepas dah kering semua, test balik dia fitting elok ke tak. Kalau tak, bahagian ni jer korang nak kena adjust balik sikit bersama bahagian penyambung bawah suspensi tu jer tadi. Kalau fitting dia elok, kira korang dah pass la buat dia.

Contoh dah siap
Oh ya... Wheel arch pun kena adjust la sikit. So nanti tayar tak la sangkut takleh pasang sbb bibir dia tebal.

Belah kiri tu belum trim lagi. Belah kanan tu dah trim... Jangan trim lebih-lebih. Kasi ada bibir nipis jer.
So bila test fit balik, dia akan nampak cam gini... Suspensi belakang pun korang boleh guna cara ni. tapi kena alter sikit la ikut kreativiti korang..... hehehehe

Bila dah siap, akan nampak gini... Ok dak ?... 

Ok semua... Selamat mencuba... 

*p/s: Buat dgn hati-hati, sabar & fokus. Jangan gelojoh....

6 comments: