Ok... Itu hari aku ada blajar camna nak buang chrome atas scale dengan cara yang mudah... Kadang-kadang mesti kita nak cat baru bahagian Chroming tersebut tapi nak kikis chrom tu mungkin akan merosakkan part tersebut... so cara paling mudah, cepat, dan senang adalah clorox atau cecair peluntur. Tak bahaya ke ?.. Dah tentu la bahaya tapi nak handle chemical ni cam biasa la pakai pelindung & pastikan kawasan nak buat tu ada peredaran udara...
Ok... kita mulakan dengan bahan dia... Gelas plastik pakai buang (yg clear macam orang jual air tu), penyepit, Clorox (amik skit jer, agak2 1/5 gelas tu),serta satu gelas air. Tadak gambar sebab korang dah tau macamana rupa barang nak pakai tu...
Full Chrome |
Ok... Start dengan rim yang nak buang chrome tu.. atas 2 bijik rim yang belum dibuang chrome.
Pakai tweezer. |
Ambil rim tu masukkan semua ke dalam gelas yang ada clorox tadi, pastikan kuantiti clorox boleh direndam penuh rim tersebut sehingga tenggelam. Proses ni ambil masa dalam 30min untuk hilang kesemua. Clorox tu jangan ditambah dengan sebarang air, biarkan seadanya kalu tidak tak berkesan..
Clorox sedang melunturkan chrome tersebut... amik masa dalam 30min untuk tanggal kesemua.
Dah tanggal kesemua.. seterusnya masukkan dalam satu lagi bekas yang berisi air bersih untuk membersihkan rim tersebut dari sisa clorox tadi.. Bilas hingga bersih dengan air sabun...
Perbezaan sebelum dan selepas rip off Chrome. Senangkan kerja dia.. tak payah sanding, kikis atau yang sewaktu dengannya.
Ok... Cat dia sama gak macam cat body kereta.. Prime, Base dan Clear Coat. Kalau rajin sangat polish sekali... hehehehehe
Porch 911 Rim Oren. |
Test fit balik... hehehe... cun tak next projek ni...
Ok semua... Selamat mencuba semua...
hehe... pantas betui buat tutorial. aku baru fikir nak update blog hang dah siap. haha
ReplyDeleteBarang buat semalam... cuti... dok belek2 kit porch tu sekali mai idea nak buat plak... rim tak best krom... tu yg rendam tu.. hasil best... hahaha Nanti kasi link download kit kecik tu... nak buat la bubuh dalam keta kecik aku.... hahahaha
ReplyDeleteboleh coba kat hipari ni
ReplyDeleteHipari aku yak nak buat... rim mahal... sayang... hahahaha
ReplyDeletehaha.. kit kecik tu. nanti aku kasi link. ni tengah setup page untuk download. senang sikit :p
ReplyDeleteNice... I wait for that... hehehehe
ReplyDelete