Ok... waktu aku mula start dengan model kit dulu, aku pakai bedal jer cat kereta aku. Tapi bedal pun bukan main bedal jer, aku tengok gak dulu macam mana kawan aku buat nak dapat effec cantik... So Honda Accord biru tu kira aku punya benchmark untuk model seterusnya. Ada yang kata pakai airbrush baru effect cantik... betul ka ?.. Pendapat aku pulak kalau dah cekap pakai cat aerosol baru boleh cekap pakai airbrush. So cat aerosol adalah guru paling bagus untuk belajar perbaiki skill cat model kit. Selain itu banyak lagi alasan membolehkan penggunaan cat aerosol dalam pembinaan model kit.
Penghalang paling besar bila cat badan model kit adalah orange peel iaitu kesan kulit oren bila cat mula kering. So kalau boleh hasilkan kit yang hampir tiada kesan ni memang champion la... Kira pas la dalam bidang cat aerosol ni dan mungkin terus kekalkan dalam bidang cat aerosol ajer lagi bagus... mungkin...
Ok... cukup masa merepek aku... Kita terus ke bahagian mengecat badan model kit... mula-mula pemilihan cat aerosol yang bersesuaian dengan keperluan serta budget korang jugak kan ?... hehehe... korang boleh pilih cat aerosol khas untuk model kit seperti Tamiya berkod TS atau nak murah boleh pakai Industrial punya macam Anchor, Bosny, Samurai dan sebagainya...
