Pages

Apr 10, 2011

Body Kit Paint... not faint....

Ok... waktu aku mula start dengan  model kit dulu, aku pakai bedal jer cat kereta aku. Tapi bedal pun bukan main bedal jer, aku tengok gak dulu macam mana kawan aku buat nak dapat effec cantik... So Honda Accord biru tu kira aku punya benchmark untuk model seterusnya. Ada yang kata pakai airbrush baru effect cantik... betul ka ?.. Pendapat aku pulak kalau dah cekap pakai cat aerosol baru boleh cekap pakai airbrush. So cat aerosol adalah guru paling bagus untuk belajar perbaiki skill cat model kit. Selain itu banyak lagi alasan membolehkan penggunaan cat aerosol dalam pembinaan model kit.

Penghalang paling besar bila cat badan model kit adalah orange peel iaitu kesan kulit oren bila cat mula kering. So kalau boleh hasilkan kit yang hampir tiada  kesan ni memang champion la... Kira pas la dalam bidang cat aerosol ni dan mungkin terus kekalkan dalam bidang cat aerosol ajer lagi bagus... mungkin... 

Ok... cukup masa merepek aku... Kita terus ke bahagian mengecat badan model kit... mula-mula pemilihan cat aerosol yang bersesuaian dengan keperluan serta budget korang jugak kan ?... hehehe... korang boleh pilih cat aerosol khas untuk model kit seperti Tamiya berkod TS atau nak murah boleh pakai Industrial punya macam Anchor, Bosny, Samurai dan sebagainya...

Persediaan dia aku tak nak cerita dah sebab ada aku cerita dalam blog yang lepas... so refer jer gambar kat sebelah ni..


Dah siap primer dan dah pastikan primer dia cukup lapisan dia, baru boleh mula start cat. Tapi... try dulu kat memana sprue atau part yang tak pakai cat tu sesuai ke tak dengan model kit. Tujuan dia adalah nak tau samada sesuai ke atau tak kat model kit yang kita nak sembur cat nanti... dah salah sembur karang rasa salah nak kena kasi mandi pulak dalam DOT4 pulak kasi buang daki cat... kang dah susah...

Nak cat badan model kit takkan nak pegang dengan tangan kot ?. Jadi kita buatkan tempat untuk memegang model kit ni. Ada tiga cara,untuk memegang kit tanpa kena kat tangan cat:- 
1. Guna botol yang tinggi contoh botol kicap atau sos dan diisi pasir supaya jadi pemberat kat bawah dia.
2. Guna hanger dawai dan bentukkan supaya boleh grip badan model kit dari dalam.
3. Hampir sama dengan cara kedua tapi ada tapak dan batang dawai untuk grip dari dalam.
3 jenis stand yang disarankan... pilih ikut suka korang.


Yahooo... boleh start cat dah... Macam yang aku terangkan sebelum ni, jangan lupa rendamkan tin tu dalam air suam atau panas sekejam sampai terasa cat didalam tin rasa panas... tapi ingat jangan rendam lama lama. Gunakan teknik rendam, angkat serta rasa... Agak-agak dah rasa cat dalam tin tu rasa suam dengan menggengam tin cat tu, baru boleh start sembur. Mesti ramai tertanya apasal tak terus jer sembur.. kenapa nak kena rendam air panas dulu ?... Jawapan dia, cat yang terus disembur dari tin adalah berkeadaan sejuk dan ini akan hasilkan kesan berkabut atau kulit oren serta bertompok bila nak kering. So kalau cat dalam bekeadaan panas atau suam, ianya berkeadaan cair, halus serta cepat kering. Waktu serta masa juga main peranan. Pilih masa siang yang cerah serta agak panas untuk dapatkan hasil yang baik.
kesan Orange peel sebab cat tak cukup halus.
Goncangkan tin cat selama beberapa minit sampai semua isi bercampur. Sembur nipis keseluruhan badan model kit. Semburan nipis ini tak semestinya menutup seluruh permukaan, cukup sebagai asas dahulu. Mungkin rasa nampak agak renyah tapi meletakkan asas adalah satu cara untuk cat mencengkam lebih kuat bila menyembur basah nanti. Tetapkan 20 minit untuk lapisan nipis mengering elok. Selalunya aku buat 2 lapis semburan nipis untuk pastikan tiada bahagian yang tertinggal tak dilapisi lapisan nipis cat.


Kerja yang sebetulnya bermula disini. Semburan cat basah....!!! hahahaha... jangan risau... Step kerja dia sama jer macam tadi, rendam tin cat, goncang, sembur... Beza kali ni kita terus sembur tebal. Teknik semburan cat basah kena ada latihan sikit baru cat tidak bertopok dan meleleh. Tekanan pada picu jangan terlalu kuat, agak agak sekata jer. Video dibawah sebagai rujukkan.


Cat dari Tamiya agak senang sedikit dari industri disebabkan sifat fizikalnya yang khas untuk model kit serta cepat kering. Merujuk dari video diatas, sembur sehingga kelihatan basah dan bekilat.

Seterusnya penyudah adalah clear coat. Sebelum clear coat, kalau nak pasang decal pun boleh mengikut kesesuaian serta selera korang... Yang hal decal nie akan dibincangkan pada blog masa depan....

Contoh Model kit yang telah di "clearcoat".
Clear coat cara dia pun sama step macam diatas... Pastikan kawasan bersih tanpa habuk, sebab pada tahap nie kalau dah lekat habuk memang rasa senak perut sikit... kalau tengok pun rasa macam semut masuk telinga... rimas... So berhati-hati yekk... Bila dah siap baru boleh polish... Tapi tu pun akan dibincangkan pada post Blog aku pada masa depan... 

Ok semua... Happy modelling..... :)

3 comments:

  1. salam bro..nk tnya..klu pas kita spray paint tu..pstu nk clear coat kan...tp ada habuk ka apa ka..bleh dak basuh ngn aiq+sabun?ka lap ja ngn kain? tq =)

    ReplyDelete
  2. Boleh tadak masalah... cuma pastikan bila lap tu pakai kain jenis antistatik sbb tanak kasi habuk melekat lg...

    ReplyDelete
  3. assalm tuan..kalau nak remove cat yang rosak kat body scale 1/24 guna barke fluid boleh ker...jika boleh bagaimana dengan plastik scale tersebut, adakah ia akan mereput atau seperti sediakala..tq

    ReplyDelete