Pages

Showing posts with label BMW. Show all posts
Showing posts with label BMW. Show all posts

Feb 20, 2013

Primer, Undercoat & Color Matching.

Okeh... Selalu mesti ada masalah dengan pemilihan warna, primer serta undercoat untuk modeler baru. Primer ?. Undercoat ?. Hmmm... ada effect ke ?... Silap pilih Primer & undercoat boleh effect kaler yang kita nak.

Basically, kena faham dulu profile primer & undercoat tu macam mana. Selalunya warna yang gelap akan serap pantulan warna manakala warna yang cerah akan menyerlahkan lagi pantulan warna... senang cerita kita ambil contoh warna merah, base color dia pulak hitam, kelabu & putih. Kalau kita spary kaler merah pada ketiga tiga base ni, kita akan nampak perbezaan warna iaitu base hitam warna merah tenggelam, kelabu warna merah timbul tapi agak legap, tetapi warna putih menyerlahkan lagi warna merah tersebut.

Video youtube ni terangkan sikit asas tentang warna serta perbezaan tentang gelap dan cerah...

Ok berbalik pada asal. Selalunya model kit bila dah siap putty & wetsand bagi meratakan permukaannya, kita akan lebih dahulu primer dia. Di galakkan pakai primer silver, kelabu atau putih sebab 2 warna ni tak akan tenggelamkan warna. Kalau nak pakai warna metalik digalakkan lepas sembur primer kelabu 1 layer dan primer silver 2 layer (1 mist & 1 wetcoat).

So bawah ni panduan skit pemilihan warna untuk mokit korang...

1.Pilih warna kegemaran korang. Jika korang mempunyai warna yang korang suka, pertimbangkan menggunakan warna yang unik untuk kereta korang. 

2. Pilih warna yang mudah dikekalkan. sebagai contoh, hitam lebih popular berbanding putih sebab senang nak jaga. Putih akan nampak lusuh kalau tak jaga cat dia. 
 
3. Kalau nak nampak kelainan, pilih warna terang atau warna yg boleh tukar seperti maizora yg bertukar warna pada sudut tertentu.

Ok.. tu ja update sekarang... :)

Apr 19, 2011

JB... Banzaiiiiii...!!!!!!!!!!!!!!


Ujung minggu ni 24 april 2011, para member BBSTC cawangan Selatan akan adakan mini gethering (mini ker ?) yang akan berlangsung di Pohon Minda. Tempat tu aku tak pasti lagi kat mana sebab tak penah sampai lagi tempat tu walaupun aku biasa kerja kat Singapore dan tinggal kat area JB. Harap semua berjalan lancar ler nanti..

Ok... Ikut perancangan ketua rombongan Akit (RSS Hobby), Abam Spacebear (DDK custom) & Aku akan memulakan misi memburu singa dulu belum pergi ke gathering tersebut... Erkk.... Sebenarnya misi memburu model kit yang dapat dikesan sedikit masih ada dalam Singapore. Harap ada la jumpa sikit model kit yang diidamkan sekian lama... (Mau kopak gak nanti duit nanti woiii..). Takpa... mungkin hasil nanti dapat tunaikan satu lagi wishlist 2011 aku..

Peta Singapore, Lokasi pemburuan... hehehe

Mungkin sampai kat sana terus masuk Singapore dulu kot untuk aktiviti pemburuan (lokasi: Rahsia ) pada ari Sabtu dan dalam tengah hari  Ahad akan direct ke lokasi peracun sekalian... (Nanti sesapa tolong jemput kitaorang yek... Terima kasih semua)... hehehehe

So, tunggu saja nanti catatan pemburuan kitaorang nanti... Stay tune.

Feb 12, 2011

Secret Garage, Bengkel Scale Aku...

Sedar tak sedar, diam tak diam, dah banyak benda yang aku cuba uji kat model kit aku sejak aku dapat kit E30 dan start balik hobi kit aku ni... semata-mata nak mengisi kerinduan aku pada hobi aku... 

Kit BMW E30 aku tu undercarriage dia simple... tadak suspension detail sebab casis tu dari kit awal Fujimi. Jadi bermulalah operasi pertama Secret Garage. Dari kotak part kit yg lepas ada part tak guna... so gunakan apa yg ada... 

Hasil pertama Secret Garage.

Feb 6, 2011

Aku Dan Kancah Kereta Scale 1:24...

Hehehe... salam semua... ini hanya selingan saja sebab progress tadak lagi... Ni nak cerita sikit pasal aku dan keta kecik ni...

Aku terjebak dalam kancah kereta scale ni time masa study kat ITM dulu (skarang UiTM). Antara orang yang memperkenalkan dan meracun perlakuan aku ini adalah Kamal Ariffin... time tu kalau tak silap aku dia ada bikin civic tapi aku dah lupa model mana serta Volvo T5 850, terbaikkk...

Gundam RX-178 mk-5

Feb 3, 2011

Salam Perkenalan...

Salam perkenalan kepada semua rakan modeller. Sebenarnya blog ini di hasilkan bertujuan untuk membantu dan berkongsi dengan para modeller yang baru hendak berkecimpung dalam dunia kereta kecik ni. Untuk permulaan, blog ini akan dimulakan dengan pekara yang basic dahulu.

Untuk para modeller yang advance mintak tolong membantu membetulkan fakta kalau ada yang salah kerana ada post yang akan dimasukkan adalah post yang dialih bahasa dari forum yang lain sama ada atas kebenaran ataupun tanpa kebenaran. Walaupun begitu kredit akan diberikan kepada mereka yang menghasilkan tutorial tersebut.