Okehhh... kali ni kita cerita pulak macam mana nak buat persediaan sebelum mengecat badan model kit.
Perkara pertama yang perlu dilakukan bila keluarkan kit dari kotak adalah periksa semua bahagian mesti cukup mengikut panduan yang diberikan, selepas itu lihat pula pada badan model kit untuk melihat apa sahaja kecacatan seperti molding line, tanda tenggelam, meleding, flash, gelembung serta lain-lain. Jadi belu nak mengecat badan kit tersebut, kena la dulu repair sikit. Paling penting molding line serta kesan lain tu...
Molding line camna tu ?... Molding line adalah tanda garisan yang menonjol keluar hasil dari casting yang tak berapa sempurna. Selalunya Fujimi, Aoshima kit serta beberapa kit kurang kualiti atau keluaran lama ada tanda ni. Jangan risau, tanda ini boleh dihilangkan dengan kertas pasir. Benda ini sudah berkurangan untuk model kit yang terbaru dalam pasaran dan susah untuk melihatnya sekarang ("not visable" kata omputih). Kertas pasir yang disarankan adalah 400, 800 serta 1000 grit jenis wet & dry punya boleh terus guna untuk wetsand. Kalau agak tebal sangat line tu, guna 400 kemudian guna 800 & 1000 untuk empelas serta melicinkan permukaan badan model kit.
Meleding pulak terjadi bila plastik yang panas tertindih antara satu sama lain disebabkan berat bahagian lain. Ledingan minimum boleh dibaiki dengan menggunakan pengering rambut. Panaskan dengan meniup udara panas keatasnya. Dengan berhati-hati dan perlahan bentukkan ke bentuk asal sehingga sejuk semula. Ledingan yang teruk pula boleh direndam kedalam air panas. caranya rendam selama satu minit, keluarkan & terus bentukkannya. Tunggu hingga sejuk sedikit belum direndam semula. Diingatkan supaya memakai sarung tangan untuk mengelakkan kecerderaan.

Mould Line |

Baik... semua dah repairkan ?. Dah boleh mulakan Proses mengecat dah ke ?... Belum lagi... sebab badan model kit perlu diempelas dahulu dengan 800 grit. Ehhhh... perlu ke ?... Sebenarnya kalau tak nak pun boleh... tapi kalau diempelas boleh buatkan cat mencengkam pada badan kit lebih kuat. Panel line pun perlukan detailing gak terutama bahagian penting seperti pintu, hood bonet depan dan belakang. Ini akan jadikan badan kit lebih realistik serta mengurangkan panel line yang cetek tenggelam dibawah cat. Cara mudah, gunakan hujung belakang pisau untuk menggarik garisan tersebut. Proses ini perlu dilakukan berhati-hati supaya tak lari dari garisan asal. Bila dah siap semua barulah kita boleh wetsand badan kit dengan kertas pasir 800-1000 grit dengan ringan atau guna altenatif lain.... Gunakan ubat gigi colgate ????.... Huh... boleh ke ????... Boleh.. Berus jer permukaan kit macam gosok gigi korang... kesan dia pun sama macam gunakan kertas pasir 1000 grit. Kesannya tak mendalam sangat tetapi cukup untuk cat mencengkam permukaan badan kit...
Pastikan korang cuci badan kit tersebut hingga bersih mengguna air sabun (paling elok GLO). Kemudian bilas dibawah air mengalir sehingga hilang kesan sabun. Keringkan badan kit sehingga tiada kesan air. Primer boleh dipilih dari jenama yang diingini sebagai contoh Tamiya , Gunze atau pun dari jenis industri sperti Anchor, Samurai atau Toa. Mulakan dengan semburan primer yang nipis dahulu untuk cat mencengkam kuat pada badan kit. Selain itu, kegunaan Primer ini juga untuk kita melihat bahagian badan kit yang masih ada kecacatan.
Tip : Untuk menjadikan semburan cat dari cat tin lebih lancar, sediakan air suam dalam satu bekas yang boleh merendam separuh tin tersebut lebih kurang satu minit lebih. Goncangkan tin tersebut untuk mencampurkan kandungan cat tersebut lepas tu baru rendam... Apsal nak kena rendam dalam air suam ?... Sebab kalau cat dalam keadaan suam, cat yang disembur menjadi lebih halus dan mudah disembur. Ini akan mengurangkan kesan "orange peel" serta cat kusam.
Air suam, Rendamkan tin kedalam bekas berisi air suam. |
Tip : Untuk menjadikan semburan cat dari cat tin lebih lancar, sediakan air suam dalam satu bekas yang boleh merendam separuh tin tersebut lebih kurang satu minit lebih. Goncangkan tin tersebut untuk mencampurkan kandungan cat tersebut lepas tu baru rendam... Apsal nak kena rendam dalam air suam ?... Sebab kalau cat dalam keadaan suam, cat yang disembur menjadi lebih halus dan mudah disembur. Ini akan mengurangkan kesan "orange peel" serta cat kusam.
Peringatan: Jangan merendam cat sembur dalam air panas atau medidih kerana ini akan menyebabkan letupan.
Sembur nipis primer meliputi bahagian yang diempelas. Jika lapisan pertama mendedahkan masalah, biarkan kering. Perbaiki masalah tersebut, empelas halus, cuci, keringkan kemudian sembur primer semula pada bahagian tersebut. Jika semua berkeadaan baik, boleh disembur lapisan kedua selepas lapisan pertama kering.
Lapisan kedua lepas wetsand & putty. |
Dah hensem dah... So boleh mulakan sembur cat badan... |
Tips : Kalau hendak merwarnakan model kit dengan warna yang cerah, pastikan lapisan asas berwarna putih. Lapisan asas yang gelap hanya sesuai dengan warna yang gelap seperti hitam, biru tua atau kelabu metalik. Lapisan asas putih akan menyerlahkan lagi warna cerah seperti kuning atau merah. Cara ini akan menjimatkan masa serta cat yang digunakan.
maknanya paling kurang kena spray 4 layer la kn bang..1 primer nipis, 2 primer lg skali..dah ok 3 bru spray kaler yg mau & 4 clear..
ReplyDeletenk.tnya..kalu primer brand anchor apa tu nama apa kaler dia..maaf bnyk tnya...
Boleh saye tahu. Berapa nisbah masa untuk membancuh primier yaitu spry base
ReplyDeleteSekiranya body rapat di zink ...perlu tampal simen tau boleh terus cat alas?
ReplyDelete