Putty... Yang Paste ke atau Epoxy ?... Untuk para modeller, putty adalah salah satu bahan untuk menjadikan model yang dibina nampak lebih menarik ataupun tidak... ada dua jenis putty yang selalu digunakan.
Paste Putty
Walaupun nampak macam mudah digunakan, sebenarnya ianya tidak digalakkan diguna sebagai body filler atau untuk tujuan fabricate. Tujuan putty ini adalah untuk menutup bahagian sambungan serta garisan moulding. Tamiya ada pilihan sama ada Tamiya putty Basic untuk model kit putih atau Tamiya putty White untuk model kit berwarna. Penggunaanya agak terbatas kepada menutup lubang serta penanda paras wetsand sama ada permukaan itu rata ataupun tidak.
Epoxy Putty
Epoxy putty ni pula lain dari jenis paste sebab perlukan mengadunkan dua jenis bahagian putih dan krim gelap atau biru. Dari segi penggunaanya adalah lebih meluas kerana sifatnya yang bila kering, ianya tidak mengecut hasil tindak balas dari agen pengeras (Krim gelap) tidak seperti paste putty yang akan mengecut apa bila kering. Kelebihan ini juga membuatkan senang untuk membentuk permukaan atau lekuk yang dikehendaki pada model yang dibina.
Walaupun cara mengedalinya agak renyah sedikit dari Paste putty tapi hasil yang diperolehi adalah lebih baik dari Paste putty. Disarankan kegunaanya untuk membentuk permukaan yang melengkung atau lunag yang tidak dikehendaki. Tamiya mempunyai dua jenis Epoxy putty iaitu Quick type yang selepas diadun boleh digunakan selama sejam dan tempoh mengeras sepenuhnya adalah 6 jam. Smooth type pula boleh digunakan selama 5 jam selepas diadun dan tempoh mengeras sepenuhnya adalah lebih 12 jam. Kalau nak murah, altenatif adalah Bondite Epoxy. Boleh didapati di kedai hardware.Jadi, pilihlah mengikut keperluan.
Walaupun cara mengedalinya agak renyah sedikit dari Paste putty tapi hasil yang diperolehi adalah lebih baik dari Paste putty. Disarankan kegunaanya untuk membentuk permukaan yang melengkung atau lunag yang tidak dikehendaki. Tamiya mempunyai dua jenis Epoxy putty iaitu Quick type yang selepas diadun boleh digunakan selama sejam dan tempoh mengeras sepenuhnya adalah 6 jam. Smooth type pula boleh digunakan selama 5 jam selepas diadun dan tempoh mengeras sepenuhnya adalah lebih 12 jam. Kalau nak murah, altenatif adalah Bondite Epoxy. Boleh didapati di kedai hardware.Jadi, pilihlah mengikut keperluan.
Cara Penggunaan.
Sebelum mula mem-putty model kit korang, apa kata wetsand dulu model kit tersebut. Putty akan melekat lebih baik kalau permukaan model kit sedikit kasar. gunakkan kertas pasir 800 grit untuk menyediakan permukaan yang sesuai untuk putty bercantum dengan baik.
Paste Putty
Penggunaanya agak mudah, hanya sapukan atau titikkan atas lubang kecil, calar atau permukaan yang hendak diperbaiki. Paste putty ini cepat kering dalam tempoh 1 atau 2 jam mengikut suhu bilik. Selalunya aku akan campurkan sedikit hobby thinner untuk mencairkan serta melambatkan sedikit proses pengeringan supaya aku ada masa lebih sedikit untuk touch-up memana lubang kecil,calar atau permukaan yang hendak diratakan dengan mengunakan berus yang lembut. Anggaran nisbah campuran 1:1 (1 titik Putty : 1 titis hobby thinner). Amaran: cara ini agak berisiko kerana campuran ini akan melembutkan sedikit plastik model kit. Uji dahulu di permukaan plastik yang tidak digunakan seperti sprue tree.
Perlu diingatkan juga paste putty tak semestinya akan kering dengan cepat begitu sahaja sebab paste putty ini berasaskan lacquer. Walaupun bahagian atas sudah kering tetapi bahagian bawah masih lagi basah. Jadi biarkan putty itu kering semalaman sebelum memulakan wetsand untuk melicinkan permukaan model kit.
Epoxy Putty
1. Sediakan satu bekas berisi air serta pastikan tangan sentiasa basah. Kalau tidak putty akan melekat di tangan.
2.Sebelum itu bentukkan sedikit bentuk yang dikehendaki menggunakan kepingan styrene keatas model kit
3.Potong Epoxy mengikut apa yang diperlukan sahaja. Jangan membazir, biar sedikit dahulu jangan berlebihan.
4.Dah siap diadun, baru dilekatkan adunan tersebut ke bahagian badan model kit yang hendak dimodifikasi. Pastikan juga basahkan sedikit permukaan model kit yang hendak ditampal epoxy.
5.Ratakan permukaan epoxy sehingga mengikut bentuk yang diingini. Kemudian biarkan kering.
6.Bila sudah kering, gunakan pisau, kertas pasir serta kikir (kalau ada) untuk mereka bentuk yang diingini. Licinkan permukaan putty dengan kertas pasir 800 grit.
7.Bila sudah siap, semburkan model kit tersebut dengan gray primer untuk melihat kalau ada bahagian yang kurang sempurna, berlubang atau calar kesan dari kertas pasir.
8.Ulang proses 6 dan 7 sehingga permukaan menjadi licin.
9.Siap untuk proses mengecat.
Gambar dari foromer SMM, Druid99 |
P/s: Gambar diambil dari internet sebagai bahan rujukkan. Minta maaf jika menggunakan tanpa keizinan empunya gambar. (All picture for referance and taking from Internet with out permission from the owner of the picture. Sorry for inconvenience cause).
bang.. tanya skit... kalo part yg nampak renggang tu(akibat terlebih potong hahaha)tu boleh guna putty ni jugak ke??ada la dlm 1mm kot...
ReplyDeleteBoleh..... Epoxy putty ni guna dia utk bentukkan shape serta tutup lubang yg dalam... tapi kalau bahagian potong tu rata atau straight, boleh guna plaplate utk tutup lubang yang ada & guna putty utuk penyudah dia... :)
ReplyDeletebrader tanya sikit..minta maaf kalau soalan bodo...saya budak baru belajar..epoxy putty & paste putty dan segala la kelengkapan modeller termasuk ngn model kereta tu kalau mana bole beli...saya budak baru belajar..pusing2 kedai area2 bangi n nilai mcm xda jual ja...
ReplyDeleteSorry lambat balas... Model kit buat masa sekarang agak limited sikit nak dapat sebab scene modelkit ni baru nak up balik. Kat KL boleh terus ke HHQ atau Tamiya underground kat One utama Damansara. Kalau nak seller, masuk dalam facebook, carik Rss Garage ataupun D-kits. Diaorang jual modelkit. Meterial & tools kebanyakkan kedai kit yg jual gundam ada jual... Tapi utk beginners, guna pisau blade, ketip kuku & kertas pasir 800, 1500 & 2000 grit dah ok.. cat plak disarankan pakai brand anchor, ni jer yg ok skit ngan plastik modelkit. Facebook join BBSTC group.... banyak boleh kongsi kat sana... :)
ReplyDeleteputty ni kalu nk wt skirting pn blh ke bang? custom made..
ReplyDeleteHubungi saya untuk pembelian BONDITE EPOXY ADHESIVE
ReplyDeletedari yang 4 Meni , 5 Menit atau 90 Menit
YM: kurniawan08@yahoo.com
tlp di 081212865395 Pin 7DDBF191 Order sekarang
Terima kasih infonya gan.
ReplyDeleteLumayan buat nambah elmu.
Finishing Floor
Kelebihan Epoxy.
----------
Epoxy putty ni klau guna untuk wat bumper n skirting bley x?
ReplyDeleteEpoxy putty ni klau guna untuk wat bumper n skirting bley x?
ReplyDeleteThis is really a nice and informative, containing all information and also has a great impact on the new technology. Thanks for sharing it
ReplyDeletepalm coast Concrete epoxy coating
sangat menarik dan bermanfaat infonya thx..kunjungi juga http://www.ahlibeton.co.id/2015/09/floor-hardener.html untuk pembuatan floor hardener
ReplyDeleteboss paste putty ni tahan haba x sbb saya nk buat dekat tabung mufler ekzos rxz
ReplyDelete