Pages

Feb 3, 2011

Peralatan asas untuk modeller.

Okey... Kepada modeller yang dah lama, semua dah tahu dan mempunyai peralatan sendiri untuk membina model kit mereka... So, kepada yang baru nak berjinak-jinak tu boleh la cuba siapkan peralatan asas untuk membina model kit anda. Apa peralatan asas yang perlu ada pada modeller ?.

Pemotong sisi. Digunakkan untuk memotong bahagian kit.
Peralatan penting untuk memotong "part" dari sprue tree. Kalau tak ada pun boleh pakai ketip kuku (tak digalakkan sebab susah nak potong celahan).


Pisau Blade. Digunakan untuk memotong lebihan.
Pisau Blade ini digunakkan untuk memotong lebihan sprue selepas bahagian kit dipotong dari sprue tree. Bertujuan meratakan lebihan plastik.

Pisau Kraf. Memotong celahan & trim.
Pisau Kraf ini digunakan untuk memotong lebihan plastik yang terletak di celah-celah model kit. selain itu digunakan untuk memotong & meratakan lebihan plastik atas permukaan model kit.

 










Kertas Pasir. Gunakan untuk empelas model kit.
Kertas pasir digunakan untuk mengempelas dan meratakan permukaan model kit sebelum dan selepas di cat. Disyorkan cari yang Wet & dry sebab boleh digunakan untuk wet sanding. Disyorkan cari kehalusan 400, 800, 1200, 2000.

Super Glue. Menyambung model kit.
Bagi beginners disyorkan super glue dalam botol. Pastikan cari yang berkualiti sikit. Jenis botol senang sikit nak pakai, titis satu titis atas bekas atau piring aluminum, gunakan cungkil gigi buluh untuk menyapukan ke bahagian yang hendak disambung. Penggunaannya perlu berhati-hati supaya tidak terkena bahagian yang tak perlu. Kalau ini berlaku, terpaksa la guna kertas pasir untuk ratakan semula.
Tamiya Masking Tape.
Teman setia Modeller. Masking tape biasa pun boleh pakai. Tapi yang ini memang tak melekat atau tanggalkan cat yang dah kering. Cara penggunaan akan diterangkan pada masa akan datang.
Cat Spray.
Bagi mereka yang baru, ada dua pilihan, murah dan mahal. Tamiya memang mahal dalam RM20 keatas, kandungan isi dia lebih kurang suku dari tin anchor tapi kelebihan dia cat dia lebih halus. Anchor, samurai & kylon memang murah dalam RM6 ke RM10 satu tin. Masalah dengan cat jenis industri ini, cat dia kasar sedikit dan perlukan sedikit teknik untuk mendapat hasil yang menarik. Cara penggunaan kedua cat ini akan diterangkan pada masa akan datang.

Compound.
Lepas cat cantik-cantik mesti nak kilatkan cantik-cantik jugak kan ?. Tamiya compound selalu digunakan oleh para amatur serta advance modeler. So untuk beginners boleh cuba Kit car wax, soft 99 atau yang seangkatan dengan dia. Tapi kena berani try & error la sikit untuk dapatkan hasil yang bagus. Tutorial dia akan menyusul pada masa hadapan.

So itu sajalah peralatan basic untuk beginner mencantikkan model kit mereka... So happy modelling... :)

13 comments:

  1. bagus bro. versi bahasa melayu. hehe. teruskan usaha mu

    ReplyDelete
  2. Senang nak paham... nanti ada yg translate punya... hehehehe

    ReplyDelete
  3. salam bro...jumpa gak blog dlm melayu ni..hehehe..nak tanyala..before nak spray body kereta,kene gosok ngan sand paper ker?saiz brapa..sori..bru nk blajar..mntk tnjuk ajr ek,,,

    ReplyDelete
  4. Yup kena... boleh guna size 1k... Kalau nak lebih detail skit, cuba surf blog ni... ada part prepare keta belum cat... :)

    ReplyDelete
  5. orait...da surf da..good info for newbie like me...hehehe....sori byk tanya..nak tanya ni..nak cat bahagian dlaman kereta mcm engine,sit or dashboard...selain cat tamiya,leh guna cat aper ek..nak beli cat tamiya jauhla..or bole guna cara bro yg letak straw kat spray tu..leh guna ntok buat paint brush tak?

    ReplyDelete
  6. Guna straw tu untuk discard cat tu dari tin spray. cat yg di keluarkan tu boleh guna utuk airbrush ataupun hand paint... jgn keluarkan banyak sangat.... kuar banyak mana nak pakai jer...

    ReplyDelete
  7. slm.bro..saya baru sangat dalam bidang ni...nak tanya gam cam instant glue ca 5 tu ok tak..makasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh gak... Tp lg elok klu pakai Hobby cement. Brand yg disyorkan Tamiya, Mr. Hobby & Revel contecta.

      Delete
  8. hi, mohon share info dalam blog tuan ke nubisforever.blogspot.com, di harap tuan dapat membenarkan permintaan saya..saya akn direct blog tuan dari blog saya sebagai reference..thanks

    ReplyDelete
  9. super glue atau gam gajah blh pkai x? saya ada beli cement mr.hobby tu..tp dia mcm xbp lekat jer ngan dia kalu kena cat, cat tu akn keluar plak..newbies..harap abg mumtaz blh bantu..blog ni pn bru jmpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply... sbb komen kat blog ni jarang baca... gam gajah boleh pakai.. tp kena berhati2 sbb klu banyak letak, nanti jadi keputihan... ok... pasni klu ada pertanyaan, terus PM FB aku... :)

      Delete