Pages

Feb 20, 2011

Cat Tin Sembur Tak Di Bazir ?.

Okeh... Kali ni plak kita cerita macam mana nak keluarkan cat dari tin cat sembur untuk kegunaan airbrush serta untuk cat berus. Tiada kos tersembunyi malahan peralatan yang digunakan juga senang didapati, tidak meninggalkan kotoran serta tidak perlu menebuk lubang pada tin cat sembur. Selain tu tak akan ada masalah untuk mencuci peralatan, percikkan atau tumpahan serta juga dapat diiperolehi dengan cepat.

Peralatan yang diperlukan adalah seperti dibawah.
Straw dipotong pendek, tac perekat, bekas bersesuaian, tin spray.
Lingkarkan tac perekat sekeliling muncung penyembur, lekatkan straw sekeliling lingkaran. Pastikan tiada kebocoran pada keliling sambungan.

Sesudah semua dah tersedia, halakan muncung straw ke dalam bekas tersedia untuk menyimpan cat yang dikeluarkan.


Sembur terus cat tersebut dalam bekas yang tersedia. Cat yang disembur tak akan memercik merata dan tak tak wujud pun perkataan belengas. Cat yang keluar pula macam air yang mengalir. Sembur ajer ikut banyak mana yang diperlukan.

Tac perekat ditanggalkan dari muncung penyembur, bersihkan muncung penyembur. Cepat, mudah, bersih serta cat yang berbaki didalam tin sembur boleh digunakan semula sebab tin tidak ditebuk.


Jadi bila cat dah "Decan" masuk dalam bekas penyimpan yang korang sediakan tu, jangan  lupa untuk labelkan bekas tersebut berdasarkan warna cat yang dikeluarkan tu. Ini senang sebagai rujukkan untuk masa hadapan.

Labelkan setiap bekas mengikut label tin yang dikeluarkan catnya.
Selain itu tempat simpanan nampak kemas serta tersusun...

Selamat mencuba serta bermodelling... :)

4 comments:

  1. pehhh tak terfikir pulak aku sebelum ni nak buat macam ni!thanx a lot la mumtaz!

    ReplyDelete
  2. Senang... takyah nak belengas... hehehe

    ReplyDelete
  3. Visit thegoldensentinel.blogspot.com utk berita best.top.hype utk anda skrg..

    ReplyDelete
  4. Berus ap yg sesuai utk cat menggunakan berus..

    ReplyDelete