Duration : Ikut korang punya rajin.
Ok... kali ni aku nak cerita skit pasal gergaji yang korang boleh gunakkan untuk pembinaan Model kit korang. Dalam pasaran, ada bermacam jenis gergaji yang dijual. Tapi yang mana paling sesuai untuk projek model kit korang ?.
Ada tiga jenis jer yang sesuai pakai.
1. Photo Etching Saw
2. Rotating Saw
3. Jewelers Saw.
Jadi, camna ghupa dia tu ?. Susah ka nak pakai ?. Nak pakai tak susah dan rupa dia pun tak segarang harimau atau singa matahari... hehehe... Ok...
Photo Etching Saw.
Jenis ni memang popular dikalangan modeller sebab datang dengan pelbagai bentuk serta kegunaan pun berbeza. Selalunya pisau jenis ni dipasang pada actor knife atau Pisau berganti (ala, yang jenis mata dia boleh tolak keluar masuk tu).
Cara guna dia sama cam gambar. bagaimana pun dia ada kelebihan serta kekurangan dia.
Kelebihan.
1. Datang dengan set belbagai bentuk.
2. Setiap bahagian digunakan untuk potongan bahagian tertentu.
3. Bilah yang nipis sesuai untuk potongan dibahagian yang sukar seperti di celahan lekuk.
Kekurangan
1. Harga boleh kata mahal la gak kalau ikut jangka masa panjang.
2. Kitaran penggunaanya adalah terhad. Mungkin dalam 5 kali penggunaan sahaja.
Mana Nak Dapat ?.
Selalunya kedai yang jual hobby kit ada jual ataupun kena order online kat HLJ atau Hobby Search.
Rotataing Blade Saw
Jenis ni selalunya pakai kalau korang ada dremel atau gerudi elektrik kecik. Selalunya rotating blade ni kedai hardware ada jual tapi susah nak cari yang nipis. Option dia ?. Photo Etching rotating blade atau cari kat memana kedai yang jual tools untuk tukang emas atau perak.
Contoh Dremel cordless |
Macamana pun, kegunaanya banyak untuk potongan lurus dan pantas. Ada kekurangan serta kelebihan dia gak.
Kelebihan
1. Potongan pantas serta lurus.
2. Konsisten dan halus
Kekurangan.
1. Susah sikit nak dapat.
2. Terhad untuk potongan lurus sahaja.
3. Pakai bateri atau elektrik ???
Mana Nak Dapat ?.
Sesetengah Kedai hobby kit ada jual, hardware serta Online order
Jewelers Saw
Jenis ni selalunya tukang emas atau tukang perak jer pakai. Tapi disebabkan bentuk dia, banyak part dan bentuk senang untuk dipotong. Cara pasang dan gunakan macam gambar dibawah.
Mata gergaji menghala kebawah. |
Tekan pada meja time nak pasang bagi mata dia tegang sikit |
Potong ikut suka korang... hahaha |
Ikutkan senang skit pakai jenis ni. Tambahan pulak, design mata bilah dia bertahan untuk digunakan untuk logam. Durability kira agak lama jugak la. Tapi tetap jugak ada kelebihan dan kekurangan.
Kelebihan
1. Murah untuk jangka masa panjang.
2. Boleh potong mengikut bentuk yang dikehendaki.
3. Bilah mata gergaji masih boleh digunakan walaupun patah 60%.
4. Kalau pakai dengan cermat, satu mata bila boleh bertahan sampai 3-4 bulan.
Kekurangan
1. Bilah mata gergaji senang patah kalau buat kerja kelam kabut.
2.Tangan korang kena konsisten la waktu potong.. :p
Mana Nak Dapat ?.
Ni sesetengah kedai hardware jer jual dan memana kedai yang jual tools untuk tukang emas.
Ok... Itu saja untuk kali ni... Pehh.. punya la lama baru bleh update...
No comments:
Post a Comment