Pages

Feb 20, 2011

Cat Tin Sembur Tak Di Bazir ?.

Okeh... Kali ni plak kita cerita macam mana nak keluarkan cat dari tin cat sembur untuk kegunaan airbrush serta untuk cat berus. Tiada kos tersembunyi malahan peralatan yang digunakan juga senang didapati, tidak meninggalkan kotoran serta tidak perlu menebuk lubang pada tin cat sembur. Selain tu tak akan ada masalah untuk mencuci peralatan, percikkan atau tumpahan serta juga dapat diiperolehi dengan cepat.

Peralatan yang diperlukan adalah seperti dibawah.
Straw dipotong pendek, tac perekat, bekas bersesuaian, tin spray.
Lingkarkan tac perekat sekeliling muncung penyembur, lekatkan straw sekeliling lingkaran. Pastikan tiada kebocoran pada keliling sambungan.

Feb 12, 2011

Secret Garage, Bengkel Scale Aku...

Sedar tak sedar, diam tak diam, dah banyak benda yang aku cuba uji kat model kit aku sejak aku dapat kit E30 dan start balik hobi kit aku ni... semata-mata nak mengisi kerinduan aku pada hobi aku... 

Kit BMW E30 aku tu undercarriage dia simple... tadak suspension detail sebab casis tu dari kit awal Fujimi. Jadi bermulalah operasi pertama Secret Garage. Dari kotak part kit yg lepas ada part tak guna... so gunakan apa yg ada... 

Hasil pertama Secret Garage.

Feb 6, 2011

Aku Dan Kancah Kereta Scale 1:24...

Hehehe... salam semua... ini hanya selingan saja sebab progress tadak lagi... Ni nak cerita sikit pasal aku dan keta kecik ni...

Aku terjebak dalam kancah kereta scale ni time masa study kat ITM dulu (skarang UiTM). Antara orang yang memperkenalkan dan meracun perlakuan aku ini adalah Kamal Ariffin... time tu kalau tak silap aku dia ada bikin civic tapi aku dah lupa model mana serta Volvo T5 850, terbaikkk...

Gundam RX-178 mk-5

Feb 5, 2011

Rip Off Chroming Atas RIM.

Ok... Itu hari aku ada blajar camna nak buang chrome atas scale dengan cara yang mudah... Kadang-kadang mesti kita nak cat baru bahagian Chroming tersebut tapi nak kikis chrom tu mungkin akan merosakkan part tersebut... so cara paling mudah, cepat, dan senang adalah clorox atau cecair peluntur. Tak bahaya ke ?.. Dah tentu la bahaya tapi nak handle chemical ni cam biasa la pakai pelindung & pastikan kawasan nak buat tu ada peredaran udara...

Ok... kita mulakan dengan bahan dia... Gelas plastik pakai buang (yg clear macam orang jual air tu), penyepit, Clorox (amik skit jer, agak2 1/5 gelas tu),serta satu gelas air. Tadak gambar sebab korang dah tau macamana rupa barang nak pakai tu...

Full Chrome
Ok... Start dengan rim yang nak buang chrome tu.. atas 2 bijik rim yang belum dibuang chrome.

Feb 3, 2011

Peralatan asas untuk modeller.

Okey... Kepada modeller yang dah lama, semua dah tahu dan mempunyai peralatan sendiri untuk membina model kit mereka... So, kepada yang baru nak berjinak-jinak tu boleh la cuba siapkan peralatan asas untuk membina model kit anda. Apa peralatan asas yang perlu ada pada modeller ?.

Pemotong sisi. Digunakkan untuk memotong bahagian kit.
Peralatan penting untuk memotong "part" dari sprue tree. Kalau tak ada pun boleh pakai ketip kuku (tak digalakkan sebab susah nak potong celahan).

Salam Perkenalan...

Salam perkenalan kepada semua rakan modeller. Sebenarnya blog ini di hasilkan bertujuan untuk membantu dan berkongsi dengan para modeller yang baru hendak berkecimpung dalam dunia kereta kecik ni. Untuk permulaan, blog ini akan dimulakan dengan pekara yang basic dahulu.

Untuk para modeller yang advance mintak tolong membantu membetulkan fakta kalau ada yang salah kerana ada post yang akan dimasukkan adalah post yang dialih bahasa dari forum yang lain sama ada atas kebenaran ataupun tanpa kebenaran. Walaupun begitu kredit akan diberikan kepada mereka yang menghasilkan tutorial tersebut.