Duration : Ikut korang punya rajin.
Ok... kali ni aku nak cerita skit pasal gergaji yang korang boleh gunakkan untuk pembinaan Model kit korang. Dalam pasaran, ada bermacam jenis gergaji yang dijual. Tapi yang mana paling sesuai untuk projek model kit korang ?.
Ada tiga jenis jer yang sesuai pakai.
1. Photo Etching Saw
2. Rotating Saw
3. Jewelers Saw.
Jadi, camna ghupa dia tu ?. Susah ka nak pakai ?. Nak pakai tak susah dan rupa dia pun tak segarang harimau atau singa matahari... hehehe... Ok...
Photo Etching Saw.
Jenis ni memang popular dikalangan modeller sebab datang dengan pelbagai bentuk serta kegunaan pun berbeza. Selalunya pisau jenis ni dipasang pada actor knife atau Pisau berganti (ala, yang jenis mata dia boleh tolak keluar masuk tu).