Pages

Apr 19, 2011

JB... Banzaiiiiii...!!!!!!!!!!!!!!


Ujung minggu ni 24 april 2011, para member BBSTC cawangan Selatan akan adakan mini gethering (mini ker ?) yang akan berlangsung di Pohon Minda. Tempat tu aku tak pasti lagi kat mana sebab tak penah sampai lagi tempat tu walaupun aku biasa kerja kat Singapore dan tinggal kat area JB. Harap semua berjalan lancar ler nanti..

Ok... Ikut perancangan ketua rombongan Akit (RSS Hobby), Abam Spacebear (DDK custom) & Aku akan memulakan misi memburu singa dulu belum pergi ke gathering tersebut... Erkk.... Sebenarnya misi memburu model kit yang dapat dikesan sedikit masih ada dalam Singapore. Harap ada la jumpa sikit model kit yang diidamkan sekian lama... (Mau kopak gak nanti duit nanti woiii..). Takpa... mungkin hasil nanti dapat tunaikan satu lagi wishlist 2011 aku..

Peta Singapore, Lokasi pemburuan... hehehe

Mungkin sampai kat sana terus masuk Singapore dulu kot untuk aktiviti pemburuan (lokasi: Rahsia ) pada ari Sabtu dan dalam tengah hari  Ahad akan direct ke lokasi peracun sekalian... (Nanti sesapa tolong jemput kitaorang yek... Terima kasih semua)... hehehehe

So, tunggu saja nanti catatan pemburuan kitaorang nanti... Stay tune.

Apr 10, 2011

Body Kit Paint... not faint....

Ok... waktu aku mula start dengan  model kit dulu, aku pakai bedal jer cat kereta aku. Tapi bedal pun bukan main bedal jer, aku tengok gak dulu macam mana kawan aku buat nak dapat effec cantik... So Honda Accord biru tu kira aku punya benchmark untuk model seterusnya. Ada yang kata pakai airbrush baru effect cantik... betul ka ?.. Pendapat aku pulak kalau dah cekap pakai cat aerosol baru boleh cekap pakai airbrush. So cat aerosol adalah guru paling bagus untuk belajar perbaiki skill cat model kit. Selain itu banyak lagi alasan membolehkan penggunaan cat aerosol dalam pembinaan model kit.

Penghalang paling besar bila cat badan model kit adalah orange peel iaitu kesan kulit oren bila cat mula kering. So kalau boleh hasilkan kit yang hampir tiada  kesan ni memang champion la... Kira pas la dalam bidang cat aerosol ni dan mungkin terus kekalkan dalam bidang cat aerosol ajer lagi bagus... mungkin... 

Ok... cukup masa merepek aku... Kita terus ke bahagian mengecat badan model kit... mula-mula pemilihan cat aerosol yang bersesuaian dengan keperluan serta budget korang jugak kan ?... hehehe... korang boleh pilih cat aerosol khas untuk model kit seperti Tamiya berkod TS atau nak murah boleh pakai Industrial punya macam Anchor, Bosny, Samurai dan sebagainya...

Persediaan dia aku tak nak cerita dah sebab ada aku cerita dalam blog yang lepas... so refer jer gambar kat sebelah ni..

Mar 13, 2011

Putty... Paste atau Epoxy ?.

Putty... Yang Paste ke atau Epoxy ?... Untuk para modeller, putty adalah salah satu bahan untuk menjadikan model yang dibina nampak lebih menarik ataupun tidak... ada dua jenis putty yang selalu digunakan.

Paste Putty
Walaupun nampak macam mudah digunakan, sebenarnya ianya tidak digalakkan diguna sebagai body filler atau untuk tujuan fabricate. Tujuan putty ini adalah untuk menutup bahagian sambungan serta garisan moulding. Tamiya ada pilihan sama ada Tamiya putty Basic untuk model kit putih atau Tamiya putty White untuk model kit berwarna. Penggunaanya agak terbatas kepada menutup lubang serta penanda paras wetsand sama ada permukaan itu rata ataupun tidak.

Mar 2, 2011

Sanding Stick... Camna nak buat tu ?...

Needle file (kikir kecik)
Aku tau kengkadang mesti ada masalah nak empelas permukaan rata atau beberapa bahagian tak samarata model kit. Tambah pulak kalau tak ada kikir kecik... Fuhh... masalah gak tu... Tapi takper... Ada penyelesaian mudah serta murah dengan menggunakan beberapa baranngan yang korang dah ada dalam toolbox tu untuk membuat "SANDING STICK" sendiri....



Persediaan Sebelum Mengecat Model Kit.

Okehhh... kali ni kita cerita pulak macam mana nak buat persediaan sebelum mengecat badan model kit.


Perkara pertama yang perlu dilakukan bila  keluarkan kit dari kotak adalah periksa semua bahagian mesti cukup mengikut panduan yang diberikan, selepas itu lihat pula pada badan model kit untuk melihat apa sahaja kecacatan seperti molding line, tanda tenggelam, meleding, flash, gelembung serta lain-lain. Jadi belu nak mengecat badan kit tersebut, kena la dulu repair sikit. Paling penting molding line serta kesan lain tu...

Molding line camna tu ?... Molding line adalah tanda garisan yang menonjol keluar hasil dari casting yang tak berapa sempurna. Selalunya Fujimi, Aoshima kit serta beberapa kit kurang kualiti atau keluaran lama ada tanda ni. Jangan risau, tanda ini boleh dihilangkan dengan kertas pasir. Benda ini sudah berkurangan untuk model kit yang terbaru dalam pasaran dan susah untuk melihatnya sekarang ("not visable" kata omputih). Kertas pasir yang disarankan adalah 400, 800 serta 1000 grit jenis wet & dry punya boleh terus guna untuk wetsand. Kalau agak tebal sangat line tu, guna 400 kemudian guna 800 & 1000 untuk empelas serta melicinkan permukaan badan model kit.

Mould Line