Pages

Mar 20, 2012

Gergaji. Sebahagian dari Tools tambahan.

Level       : Intermediate
Duration : Ikut korang punya rajin.

Ok... kali ni aku nak cerita skit pasal gergaji yang korang boleh gunakkan untuk pembinaan Model kit korang. Dalam pasaran, ada bermacam jenis gergaji yang dijual. Tapi yang mana paling sesuai untuk projek model kit korang ?.

Ada tiga jenis jer yang sesuai pakai.

1. Photo Etching Saw
2. Rotating Saw
3. Jewelers Saw.

Jadi, camna ghupa dia tu ?. Susah ka nak pakai ?. Nak pakai tak susah dan rupa dia pun tak segarang harimau atau singa matahari... hehehe... Ok...


Photo Etching Saw.

Jenis ni memang popular dikalangan modeller sebab datang dengan pelbagai bentuk serta kegunaan pun berbeza. Selalunya pisau jenis ni dipasang pada actor knife atau Pisau berganti (ala, yang jenis mata dia boleh tolak keluar masuk tu).

Oct 22, 2011

Lowed, Hellaflush & Slam down....

Level       : Intermediate
Duration : Kurang dari 2 jam (Kalau fokus)

Ramai bertanya macam mana nak kasi lowed model kit, kasi kengkang dan sebagainya ?... Persoalan timbul adalah macam mana nak buat ?. So tutorial kali ini mempertengahkan cara nak lowed model kit korang.

Cara pertama adalah, koarang dry fit dulu keta korang. Body pasang kat chasis. tayar & suspensi pasang gak (korang fikir ler sendiri bahagian ni. janji jangan terus gam).
 
Tengok contoh Dry fit yg aku buat ni... ni kira contoh dia.

Jul 24, 2011

Hinge Hood & Bonet 1:24

Skill Level : Intermediate
Duration : less than 1 hour.


Keta 1:24 korang ada enjin ?... Mesti nak tayang kan ?... Tapi Hood takleh bukak... Kalau dah buka takkan nak biar terbukak camtu jer... So kat sini aku ajar skit camna nak buat hinge yang functional untuk Hood & bonet keta kecik korang...

Ok... Bahan - bahan dia...
Styrene plate (biasa warna putih, jgn tanya mana aku dapat Hitam ni)
, rod & tube.


Tamplete sebagai penanda.

May 1, 2011

S'pore Hunting & Pohon Minda Scale Gath Part 1.

Sorry lambat update untuk Singapore Hunting & Pohon Minda Gath... Tanpa berlengah dimulakan dengan perjalanan menaiki Train (Senandung Sutera) dari KL ke Kempas Baru... Memang kelam kabut malam tu sebab dari petang aku busy dengan hal lain... tapi malam tu sempat gak sampai ke KL sentral.. lagi 5 min lagi train nak gerak, aku & Edy sampai... Akit dah lama sampai sana... (Sorry Edy & Akit... :p )...

Edy tempah koc ada katil so bleh lepak & tidur sampai ke JB... Makanan dalam tu ala kadar jer tapi mahal skit dari beli kat luar... setakat nak alas perut tgh malam bleh ler... Sebab katil dekat so boleh kitaorang sembang sampai pukul 2 pagi.. org lain dah tarik tirai... kitaorang masih mengilai lagi... hahahaha... Taknak kacau org lain, kitaorang lepak atas katil memasing sampai tertidur (sebenarnya tak nyeyak pun, 30min skali terjaga. Train bergoyang)...


6:30 pagi sampai kat Kempas baru, Abam Ahmad Nizam dah tunggu kitaorang kat sana (Terima kasih sebab jemput kitaorang). Lepas tu kitaorang terus ke rumah Amad utk berehat sebentar sebelum merancang strategi memburu nanti... Waktu sarapan kat taman Cempaka, aku terfikir trend baru ker kat JB ni sport rim kaler florescent... ada jer sepanjang kat JB nampak rim florescent...


Apr 19, 2011

JB... Banzaiiiiii...!!!!!!!!!!!!!!


Ujung minggu ni 24 april 2011, para member BBSTC cawangan Selatan akan adakan mini gethering (mini ker ?) yang akan berlangsung di Pohon Minda. Tempat tu aku tak pasti lagi kat mana sebab tak penah sampai lagi tempat tu walaupun aku biasa kerja kat Singapore dan tinggal kat area JB. Harap semua berjalan lancar ler nanti..

Ok... Ikut perancangan ketua rombongan Akit (RSS Hobby), Abam Spacebear (DDK custom) & Aku akan memulakan misi memburu singa dulu belum pergi ke gathering tersebut... Erkk.... Sebenarnya misi memburu model kit yang dapat dikesan sedikit masih ada dalam Singapore. Harap ada la jumpa sikit model kit yang diidamkan sekian lama... (Mau kopak gak nanti duit nanti woiii..). Takpa... mungkin hasil nanti dapat tunaikan satu lagi wishlist 2011 aku..

Peta Singapore, Lokasi pemburuan... hehehe

Mungkin sampai kat sana terus masuk Singapore dulu kot untuk aktiviti pemburuan (lokasi: Rahsia ) pada ari Sabtu dan dalam tengah hari  Ahad akan direct ke lokasi peracun sekalian... (Nanti sesapa tolong jemput kitaorang yek... Terima kasih semua)... hehehehe

So, tunggu saja nanti catatan pemburuan kitaorang nanti... Stay tune.