Level : Beginner
Duration : Sat saja ni... 30 min siap .
Okey.... dah lama sangat tak update blog nih. Busy punya pasal... huhuhu... Dah.. jangan nak meraban memanjang... Terus ke subjek utama... Camna nak cat border kat cermin mokit korang tu ?. Tak semau kit yag korang beli tu dah datyang sekali dengan masking untuk border cermin tu. Kira untung la kalau ada... tapi kalau tadak camna nak buat ?... Ok... memula sekali nak kena check fizikal dulu samada tangan korang steady atau parkinson (Jangan marah arr.. hehehe). Kedua, mesti cekap handle pisau.. ok.. Kalau dedua ni kira steady kita mulakan sekarang.
Okeh... Selalu mesti ada masalah dengan pemilihan warna, primer serta undercoat untuk modeler baru. Primer ?. Undercoat ?. Hmmm... ada effect ke ?... Silap pilih Primer & undercoat boleh effect kaler yang kita nak.
Basically, kena faham dulu profile primer & undercoat tu macam mana. Selalunya warna yang gelap akan serap pantulan warna manakala warna yang cerah akan menyerlahkan lagi pantulan warna... senang cerita kita ambil contoh warna merah, base color dia pulak hitam, kelabu & putih. Kalau kita spary kaler merah pada ketiga tiga base ni, kita akan nampak perbezaan warna iaitu base hitam warna merah tenggelam, kelabu warna merah timbul tapi agak legap, tetapi warna putih menyerlahkan lagi warna merah tersebut.
Video youtube ni terangkan sikit asas tentang warna serta perbezaan tentang gelap dan cerah...
Ok berbalik pada asal. Selalunya model kit bila dah siap putty & wetsand bagi meratakan permukaannya, kita akan lebih dahulu primer dia. Di galakkan pakai primer silver, kelabu atau putih sebab 2 warna ni tak akan tenggelamkan warna. Kalau nak pakai warna metalik digalakkan lepas sembur primer kelabu 1 layer dan primer silver 2 layer (1 mist & 1 wetcoat).
So bawah ni panduan skit pemilihan warna untuk mokit korang...
1.Pilih warna kegemaran korang. Jika korang mempunyai warna yang korang suka, pertimbangkan menggunakan warna yang unik untuk kereta korang.
2. Pilih warna yang mudah dikekalkan. sebagai contoh, hitam lebih popular berbanding putih sebab senang nak jaga. Putih akan nampak lusuh kalau tak jaga cat dia. 3. Kalau nak nampak kelainan, pilih warna terang atau warna yg boleh tukar seperti maizora yg bertukar warna pada sudut tertentu. Ok.. tu ja update sekarang... :)
Level : Intermediate
Duration : Ikut korang punya rajin.
Okeh.. Aku tau ramai yg kantoi bila nak buat window lining... Ala yg cam getah kat tingkap keta tu la.Memang leceh & jenuh skit kerja dia... Aku pun kengkadang kantoi gak... tapi takpa... aku kasi basic camna nak buat... memula sekali bahan untuk memasak...
Masking tape jenis cam tamiya, pisau, pembaris & gunting.
Level : Intermediate
Duration : Ikut korang punya rajin.
Ok... kali ni aku nak cerita skit pasal gergaji yang korang boleh gunakkan untuk pembinaan Model kit korang. Dalam pasaran, ada bermacam jenis gergaji yang dijual. Tapi yang mana paling sesuai untuk projek model kit korang ?.
Jadi, camna ghupa dia tu ?. Susah ka nak pakai ?. Nak pakai tak susah dan rupa dia pun tak segarang harimau atau singa matahari... hehehe... Ok...
Photo Etching Saw.
Jenis ni memang popular dikalangan modeller sebab datang dengan pelbagai bentuk serta kegunaan pun berbeza. Selalunya pisau jenis ni dipasang pada actor knife atau Pisau berganti (ala, yang jenis mata dia boleh tolak keluar masuk tu).
Level : Intermediate
Duration : Kurang dari 2 jam (Kalau fokus)
Ramai bertanya macam mana nak kasi lowed model kit, kasi kengkang dan sebagainya ?... Persoalan timbul adalah macam mana nak buat ?. So tutorial kali ini mempertengahkan cara nak lowed model kit korang.
Cara pertama adalah, koarang dry fit dulu keta korang. Body pasang kat chasis. tayar & suspensi pasang gak (korang fikir ler sendiri bahagian ni. janji jangan terus gam).
Tengok contoh Dry fit yg aku buat ni... ni kira contoh dia.
Skill Level : Intermediate
Duration : less than 1 hour.
Keta 1:24 korang ada enjin ?... Mesti nak tayang kan ?... Tapi Hood takleh bukak... Kalau dah buka takkan nak biar terbukak camtu jer... So kat sini aku ajar skit camna nak buat hinge yang functional untuk Hood & bonet keta kecik korang...
Ok... Bahan - bahan dia...
Styrene plate (biasa warna putih, jgn tanya mana aku dapat Hitam ni)
Sorry lambat update untuk Singapore Hunting & Pohon Minda Gath... Tanpa berlengah dimulakan dengan perjalanan menaiki Train (Senandung Sutera) dari KL ke Kempas Baru... Memang kelam kabut malam tu sebab dari petang aku busy dengan hal lain... tapi malam tu sempat gak sampai ke KL sentral.. lagi 5 min lagi train nak gerak, aku & Edy sampai... Akit dah lama sampai sana... (Sorry Edy & Akit... :p )...
Edy tempah koc ada katil so bleh lepak & tidur sampai ke JB... Makanan dalam tu ala kadar jer tapi mahal skit dari beli kat luar... setakat nak alas perut tgh malam bleh ler... Sebab katil dekat so boleh kitaorang sembang sampai pukul 2 pagi.. org lain dah tarik tirai... kitaorang masih mengilai lagi... hahahaha... Taknak kacau org lain, kitaorang lepak atas katil memasing sampai tertidur (sebenarnya tak nyeyak pun, 30min skali terjaga. Train bergoyang)...
6:30 pagi sampai kat Kempas baru, Abam Ahmad Nizam dah tunggu kitaorang kat sana (Terima kasih sebab jemput kitaorang). Lepas tu kitaorang terus ke rumah Amad utk berehat sebentar sebelum merancang strategi memburu nanti... Waktu sarapan kat taman Cempaka, aku terfikir trend baru ker kat JB ni sport rim kaler florescent... ada jer sepanjang kat JB nampak rim florescent...
Ujung minggu ni 24 april 2011, para member BBSTC cawangan Selatan akan adakan mini gethering (mini ker ?) yang akan berlangsung di Pohon Minda. Tempat tu aku tak pasti lagi kat mana sebab tak penah sampai lagi tempat tu walaupun aku biasa kerja kat Singapore dan tinggal kat area JB. Harap semua berjalan lancar ler nanti..
Ok... Ikut perancangan ketua rombongan Akit (RSS Hobby), Abam Spacebear (DDK custom) & Aku akan memulakan misi memburu singa dulu belum pergi ke gathering tersebut... Erkk.... Sebenarnya misi memburu model kit yang dapat dikesan sedikit masih ada dalam Singapore. Harap ada la jumpa sikit model kit yang diidamkan sekian lama... (Mau kopak gak nanti duit nanti woiii..). Takpa... mungkin hasil nanti dapat tunaikan satu lagi wishlist 2011 aku..
Peta Singapore, Lokasi pemburuan... hehehe
Mungkin sampai kat sana terus masuk Singapore dulu kot untuk aktiviti pemburuan (lokasi: Rahsia ) pada ari Sabtu dan dalam tengah hari Ahad akan direct ke lokasi peracun sekalian... (Nanti sesapa tolong jemput kitaorang yek... Terima kasih semua)... hehehehe
So, tunggu saja nanti catatan pemburuan kitaorang nanti... Stay tune.
Ok... waktu aku mula start dengan model kit dulu, aku pakai bedal jer cat kereta aku. Tapi bedal pun bukan main bedal jer, aku tengok gak dulu macam mana kawan aku buat nak dapat effec cantik... So Honda Accord biru tu kira aku punya benchmark untuk model seterusnya. Ada yang kata pakai airbrush baru effect cantik... betul ka ?.. Pendapat aku pulak kalau dah cekap pakai cat aerosol baru boleh cekap pakai airbrush. So cat aerosol adalah guru paling bagus untuk belajar perbaiki skill cat model kit. Selain itu banyak lagi alasan membolehkan penggunaan cat aerosol dalam pembinaan model kit.
Penghalang paling besar bila cat badan model kit adalah orange peel iaitu kesan kulit oren bila cat mula kering. So kalau boleh hasilkan kit yang hampir tiada kesan ni memang champion la... Kira pas la dalam bidang cat aerosol ni dan mungkin terus kekalkan dalam bidang cat aerosol ajer lagi bagus... mungkin...
Ok... cukup masa merepek aku... Kita terus ke bahagian mengecat badan model kit... mula-mula pemilihan cat aerosol yang bersesuaian dengan keperluan serta budget korang jugak kan ?... hehehe... korang boleh pilih cat aerosol khas untuk model kit seperti Tamiya berkod TS atau nak murah boleh pakai Industrial punya macam Anchor, Bosny, Samurai dan sebagainya...
Persediaan dia aku tak nak cerita dah sebab ada aku cerita dalam blog yang lepas... so refer jer gambar kat sebelah ni..
Putty... Yang Paste ke atau Epoxy ?... Untuk para modeller, putty adalah salah satu bahan untuk menjadikan model yang dibina nampak lebih menarik ataupun tidak... ada dua jenis putty yang selalu digunakan.
Paste Putty
Walaupun nampak macam mudah digunakan, sebenarnya ianya tidak digalakkan diguna sebagai body filler atau untuk tujuan fabricate. Tujuan putty ini adalah untuk menutup bahagian sambungan serta garisan moulding. Tamiya ada pilihan sama ada Tamiya putty Basic untuk model kit putih atau Tamiya putty White untuk model kit berwarna. Penggunaanya agak terbatas kepada menutup lubang serta penanda paras wetsand sama ada permukaan itu rata ataupun tidak.
Aku tau kengkadang mesti ada masalah nak empelas permukaan rata atau beberapa bahagian tak samarata model kit. Tambah pulak kalau tak ada kikir kecik... Fuhh... masalah gak tu... Tapi takper... Ada penyelesaian mudah serta murah dengan menggunakan beberapa baranngan yang korang dah ada dalam toolbox tu untuk membuat "SANDING STICK" sendiri....
Okehhh... kali ni kita cerita pulak macam mana nak buat persediaan sebelum mengecat badan model kit.
Perkara pertama yang perlu dilakukan bila keluarkan kit dari kotak adalah periksa semua bahagian mesti cukup mengikut panduan yang diberikan, selepas itu lihat pula pada badan model kit untuk melihat apa sahaja kecacatan seperti molding line, tanda tenggelam, meleding, flash, gelembung serta lain-lain. Jadi belu nak mengecat badan kit tersebut, kena la dulu repair sikit. Paling penting molding line serta kesan lain tu...
Molding line camna tu ?... Molding line adalah tanda garisan yang menonjol keluar hasil dari casting yang tak berapa sempurna. Selalunya Fujimi, Aoshima kit serta beberapa kit kurang kualiti atau keluaran lama ada tanda ni. Jangan risau, tanda ini boleh dihilangkan dengan kertas pasir. Benda ini sudah berkurangan untuk model kit yang terbaru dalam pasaran dan susah untuk melihatnya sekarang ("not visable" kata omputih). Kertas pasir yang disarankan adalah 400, 800 serta 1000 grit jenis wet & dry punya boleh terus guna untuk wetsand. Kalau agak tebal sangat line tu, guna 400 kemudian guna 800 & 1000 untuk empelas serta melicinkan permukaan badan model kit.
Okeh... Kali ni plak kita cerita macam mana nak keluarkan cat dari tin cat sembur untuk kegunaan airbrush serta untuk cat berus. Tiada kos tersembunyi malahan peralatan yang digunakan juga senang didapati, tidak meninggalkan kotoran serta tidak perlu menebuk lubang pada tin cat sembur. Selain tu tak akan ada masalah untuk mencuci peralatan, percikkan atau tumpahan serta juga dapat diiperolehi dengan cepat.
Peralatan yang diperlukan adalah seperti dibawah.
Straw dipotong pendek, tac perekat, bekas bersesuaian, tin spray.
Lingkarkan tac perekat sekeliling muncung penyembur, lekatkan straw sekeliling lingkaran. Pastikan tiada kebocoran pada keliling sambungan.
Sedar tak sedar, diam tak diam, dah banyak benda yang aku cuba uji kat model kit aku sejak aku dapat kit E30 dan start balik hobi kit aku ni... semata-mata nak mengisi kerinduan aku pada hobi aku...
Kit BMW E30 aku tu undercarriage dia simple... tadak suspension detail sebab casis tu dari kit awal Fujimi. Jadi bermulalah operasi pertama Secret Garage. Dari kotak part kit yg lepas ada part tak guna... so gunakan apa yg ada...
Hehehe... salam semua... ini hanya selingan saja sebab progress tadak lagi... Ni nak cerita sikit pasal aku dan keta kecik ni...
Aku terjebak dalam kancah kereta scale ni time masa study kat ITM dulu (skarang UiTM). Antara orang yang memperkenalkan dan meracun perlakuan aku ini adalah Kamal Ariffin... time tu kalau tak silap aku dia ada bikin civic tapi aku dah lupa model mana serta Volvo T5 850, terbaikkk...
Ok... Itu hari aku ada blajar camna nak buang chrome atas scale dengan cara yang mudah... Kadang-kadang mesti kita nak cat baru bahagian Chroming tersebut tapi nak kikis chrom tu mungkin akan merosakkan part tersebut... so cara paling mudah, cepat, dan senang adalah clorox atau cecair peluntur. Tak bahaya ke ?.. Dah tentu la bahaya tapi nak handle chemical ni cam biasa la pakai pelindung & pastikan kawasan nak buat tu ada peredaran udara...
Ok... kita mulakan dengan bahan dia... Gelas plastik pakai buang (yg clear macam orang jual air tu), penyepit, Clorox (amik skit jer, agak2 1/5 gelas tu),serta satu gelas air. Tadak gambar sebab korang dah tau macamana rupa barang nak pakai tu...
Full Chrome
Ok... Start dengan rim yang nak buang chrome tu.. atas 2 bijik rim yang belum dibuang chrome.
Okey... Kepada modeller yang dah lama, semua dah tahu dan mempunyai peralatan sendiri untuk membina model kit mereka... So, kepada yang baru nak berjinak-jinak tu boleh la cuba siapkan peralatan asas untuk membina model kit anda. Apa peralatan asas yang perlu ada pada modeller ?.
Pemotong sisi. Digunakkan untuk memotong bahagian kit.
Peralatan penting untuk memotong "part" dari sprue tree. Kalau tak ada pun boleh pakai ketip kuku (tak digalakkan sebab susah nak potong celahan).
Salam perkenalan kepada semua rakan modeller. Sebenarnya blog ini di hasilkan bertujuan untuk membantu dan berkongsi dengan para modeller yang baru hendak berkecimpung dalam dunia kereta kecik ni. Untuk permulaan, blog ini akan dimulakan dengan pekara yang basic dahulu.
Untuk para modeller yang advance mintak tolong membantu membetulkan fakta kalau ada yang salah kerana ada post yang akan dimasukkan adalah post yang dialih bahasa dari forum yang lain sama ada atas kebenaran ataupun tanpa kebenaran. Walaupun begitu kredit akan diberikan kepada mereka yang menghasilkan tutorial tersebut.